ASSALAMUALAIKUM.,
Hai cust pakej murah redang island
Since dah nak off season ni, kami nak kasi reviewlah sikit pakej untuk Redang Mutiara Beach Resort. Alhamdulillah, tahun 2020 kami enjoy jual pakej untuk resort ni, cust sudi bagi review yang sejuk mata memandang. sangat paid off dengan usaha kami yang kadang2x selalu turun ke jeti walaupun staff resort sudah memang ada dekat jeti tu. lagi puas kalau dapat face to face dengan cust. bagi briefing apa yang patut, jadi urusan cust akan lebih mudah dan tersusun.
Semoga dengan sedikit info ni,senang untuk korang imagine suasana bila dah sampai jeti, resort, nak check in/check out dan sebagainya lah.
Yang penting korang kene RAJIN MEMBACA🤣🤣🙏
REDANG MUTIARA BEACH RESORT (3H2M)
Ini view Redang Mutiara Beach Resort dari laut..cantik!! Subhanallah1.BOOKING
Untuk booking, setiap tahun kami akan buka booking pada bulan Januari/Febuari macam tu. Ia bergantung kepada bila resort akan publish harga untuk musim baru. Travel period biasanya start pada 1 March - pertengahan Oct. Untuk booking, korang boleh terus whatsapp team kami:-
Husna (019-5595266)
Hafiefa (019-9855266)
Nanti kami akan bantu korang untuk booking.
oh ya, jap nak bagi harga dan detail pakej. Harga bergantung kepada perubahan semasa
Package 3 hari 2 malam termasuk:
👉 Boat pergi balik dari Jetty Merang, Setiu
👉 Bilik aircond
👉 Semua makan minum
👉 3 trip snorkeling
❌Package tak termasuk:
👉 Tiket taman laut (rm5 seorang dewasa, rm2 seorang kanak-kanak)
👉 Sewa peralatan snorkeling (rm10 mask & snorkel, rm10 life jacket)
2. JETI
Untuk makluman, jeti ke Pulau Redang ada 2, satu dekat Merang Jetty, Setiu.. dan satu lagi dekat Jeti Shahbandar, KT. semua cust kami yang stay dekat REDANG MUTIARA BEACH RESORT, anda kena naik speedboat di Merang Jetty SAHAJA!!
location jeti merang (CHECK POINT JETI UNTUK REDANG MUTIARA BEACH RESORT, sila tekan link biru)
yg datang dengan bus, sila maklumkan kepada kami, nanti kami datang pickup bawa ke jeti redang mutiara, jgn risau FREE OF CHARGE sahaja.. (ini BONUS, kami sahaja yg buat gini hihihi)
last hentian:Jeti Merang (boleh cari bas Moraza/musafir/adik beradik/jasa pelangi dan kesatuan)
boleh double check laluan bus ke jeti merang (shell Kg Merang)
 |
kami juga pickup cust yang naik mybus dari Jeti Merang ke Check Point Jeti Redang Mutiara
|
 |
ladyboss bersama cust kami, Assoc Prof Dr Maisara di Jeti
|
korang akan dapat info yg macam ni dari kami:-
NOTE: PUKUL 9.00 am dah kene ada dekat jeti..estimation bot bergerak (9.30 am)
👉🏽Boleh park kereta area sini (berbayar: RM 30/3 hari)
👉🏽Then cari jeti check point REDANG MUTIARA BEACH RESORT..(DELIMA REDANG RESORT DAN REDANG MUTIARA SAMA OWNER/ SAMA JETI)
👉🏽Mention nama booking dan bayar baki (sekiranya ada) dekat staff EN HILMI/EN REZA
👉🏽Tunggu dkt jeti utk naik bot (boleh dptkan info dkt staff di jeti)
-semoga dipermudahkan urusan-
3. CHECK IN
Sampai jeti, korang jalan kaki ke reception. bag tinggal je dkt jeti. nanti staff akan angkut bawa ke reception. REGISTER dekat receptionist. boleh minum air dululah dekat restaurant, sementara nak tunggu masuk bilik
Sila refer itinerary ni hehe.. (sorry tak clear sgt hahaha,..jangan risau, nanti team kami akan bg jadual ni yerp)
4. MEALS
Korang akan dapat 2x breakfast, 2x lunch, 2x hi tea, 1x dinner, 1x bbq(staff yg bakarkan)
Semua dah inc dalam pakej, tinggal makan jerr
suka diingatkan, kene sentiasa alert dgn waktu untuk setiap aktiviti. contoh untuk snorkeling, jangan turun lambat, nanti kene tinggal.. staff bukan sje2x tinggal tau..staff akan assume, cust tak nak join snorkeling. Biasanya memang akan ada cust yang tak nak join snorkeling.
untuk hari 1st tu, sblm pergi trip snorkeling, kene pergi dkt reception untuk urusan sewaan gears snorkeling.
Akan ada 3x trip snorkeling
Hari pertama (2.30 pm)
Hari kedua (9.00 am) dan (2.30 pm)
penambahan info
Ramai yang frust, cakap kenapa snorkeling trip tak pergi ke Turtle bay. memang pun, hahaha
yang ni korang kne add on dekat resort. Harga dalam RM 35-40/pax macam tu. Boleh refer dekat receptionist.
6.CHECK OUT
9.30-10.00 am dah boleh check out
Tunggu bot dekat jeti
ok sampai sini je. InsyaAllah ada masa kami akan bagi info yang lain pulak..mohon maaf sekiranya ada salah dan silap, terima kasih sudi membaca. hehe
BOOKING 2020 SUDAH DITUTUP, INSYAALLAH KITA JUMPA LAGI MUSIM DEPAN
STAY TUNED YA NANTI KAMI ROYAK HARGA UNTUK MUSIM 2021
Comments
Post a Comment